Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2014 tidak lama lagi, NISA' Putatan mengambil inisiatif untuk mengadakan 'Street Da'wah' yang bertujuan untuk kita sama-sama memperbaiki diri dan menanam azam untuk menjadi seorang muslimah yang solehah.
MY AURAH,MY PRIDE
Adalah aktiviti luar yang mana kami akan memberikan stokin/sarung kaki secara percuma kepada wanita muslim khususnya di bandaraya Kota Kinabalu dengan tujuan untuk memberikan pengetahuan yang lebih terperinci mengenai tuntutan syariat dalam menjaga aurat.Kami berharap, dengan usaha kecil ini akan menjadi langkah pertama untuk golongan wanita memperbaiki diri dalam hal aurat ini.
TARGET : Kami mensasarkan untuk mengumpul 100-200 pasang stokin/sarung kaki untuk diagihkan kepada masyarakat awam. Oleh itu, sumbangan berbentuk stokin sendiri mahupun wang ringgit bolehlah disalurkan sebelum atau pada 30 Disember 2013.
Sebarang pertanyaan mahupun sumbangan bolehlah berhubung dengan AJK bertugas :
Azlinah Abdul Gani (010-9452100)
Akaun Maybank (1101-4435-6450)
atas nama Azlinah Abdul Ghani
Segala kerjasama dan sumbagan pihak tuan/puan kami sudahi dengan lafaz ribuan terima kasih.
Allah berfirman :"Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungka. Merekalah orang-orang yang beruntung." Surah Al-Imran : 104
