Pengurusan Jenazah (muslimat) Siri Pertama


بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين
, والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين
. أما بعد


Nabi sallallahu alaihi wa sallam telah bersabda:

 أفضل المؤمنين إيمانًا أكثرهم للموت ذكراً ، وأحسنهم له استعداداً
“Sebaik-baik keimanan orang-orang mukmin adalah yang paling banyak mengingat kematian, dan yang terbaik dalam melakukan persiapan.” 
(Syarh Bukhari, 3/267)


Alhamdulillah, program Pengurusan Jenazah (muslimat) siri Pertama yang diadakan pada 28 September 2013 (Sabtu) bertempat di Masjid Daerah Putatan telah pun berjaya dilaksanakan. 

Peserta yang mengikuti program 



Program ini adalah anjuran bersama NISA' Putatan, AJK Masjid Putatan dan JHEAINS


Para peserta sedang melakukan amali secara berkumpulan.


Peserta sedang teliti mendengar setiap bait kata daripada moderator

AJK Nisa' yang turun padang untuk membantu dalam melaksanakan program


Dengan penyertaan hampir 50 orang muslimat, kami berharap agar kita semua mendapat keberkatan ilmu dan kekuatan untuk mengamalkannya

Amin ya Rabbal alamin. 


Terima kasih, semua. 

Wallahu'alam.

Nabi Muhammad s.a.w, bahwa beliau bersabda:

“Perbanyak mengingat pemutus kenikmatan –maksudnya adalah kematian.” 
(HR. Tirmizi, 2307, Nasa’i, 1824, Ibnu Majah, 4258 dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Tirmizi)


*untuk melihat gambar-gambar yang lain, sila lawati page kami. Click >> "NISA' Putatan"



Ucapan alu-aluan dari Ketua NISA' Putatan


       

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين
, والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين
. أما بعد


 ‘Seorang ibu adalah sekolah. Jika engkau persiapkan dia dengan baik maka sesungguhnya engkau telah mempersiapkan sebuah generasi yang unggul.’ 


 Bait syair ini walaupun ringkas tapi membawa makna yang sangat mendalam. Untuk membentuk sebuah generasi yang unggul, maka golongan ibu itu perlu menjadi satu golongan yang hebat dan mantap bagi menjayakannya. Dan kita sedia maklum, bahawa seorang wanita yang bergelar ibu itu pastinya dimulai dengan seorang individu wanita. Maka, cita-cita kita tadi adalah mustahil untuk dicapai melainkan dengan usaha kita untuk mendidik golongan wanita, gadis dan para pemudi hari ini. 


 Ironinya dewasa kini, kita dapat melihat pelbagai masalah sosial kian membarah di dalam masyarakat dan negara kita. Apa yang lebih membimbangkan adalah keterlibatan golongan wanita dalam isu ini, adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat kita nafikan. 


Sebagai individu muslim, kita perlu sedar bahawa setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing bagi mempersiapkan diri untuk menjadi seorang hamba Allah swt yang mampu untuk menjaga maruah diri, keluarga, agama dan negara. 


 Allah swt berfirman yang mafhumnya : ‘Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.’ (Ali Imran: 104) 


 Sehubungan dengan itu, pertubuhan bukan kerajaan (NG0) NISA’ kawasan Putatan berazam dan komited untuk mengajak golongan wanita bersama-sama kami. Aktiviti keagamaan seperti usrah, kelas pengajian Al-Quran, program riadah, kemasyarakatan dan sebagainya adalah wasilah kami untuk mendekati golongan ini dengan memanfaatkan masa yang ada dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat bukan sahaja untuk kebaikan di dunia, maka yang lebih penting untuk di akhirat kelak. 


Kami sangat mengalu-alukan penyertaan anda untuk bersama kami bagi merealisasikan cita-cita murni ini. Semoga Allah swt memberkati niat baik kita dalam usaha untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik,InsyaAllah. 

 Wabillahi taufiq wal hidayah, 
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh…





Ucapan Dari :
Azlinah Abdul Gani
(Ketua NISA' Putatan)

Solidariti Manusia & Umat untuk Mesir




بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين
, والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين
. أما بعد


Assalamualaikum wbt...


Nabi sallallahualaihi wasallam bersabda : 

“ Sesiapa yang tidak mengambil berat nasib dan hal ehwal umat Islam, 
maka mereka bukanlah di kalangan umat Islam tersebut”.


 Barisan AJK Nisa' Putatan


Alhamdulillah, pada 16 Ogos 2013 yang lepas NISA' Putatan berkesempatan untuk turun sama-sama bersolidariti untuk negara Mesir yang bertempat di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu. 


 AJK bersama adik-adik yang turut hadir


 Muslimat yang turut hadir


 Mereka membawa semangat memperjuangkan hak manusia & umat untuk negara Mesir


Mereka yang turun sama-sama bersolidariti untuk negara Mesir


Di mana kita saat mereka menderita?
Pernah kita merasai keperitan yang mereka lalui?
Apa kita lakukan untuk menyelamatkan rakyat Islam yang ditindas dan dizalimi?


Semoga Allah swt menurunkan nusrahNya buat saudara-saudara kita di sana.
Semoga usaha sekecil zarah kita ini mampu membantu dalam memberi kesedaran pada umat Islam dalam negara kita yang kita lihat semakin hari semakin dikaburi dengan kenikmatan dunia.

Allahumma amin!

QUNUT NAZILAH~ QIAMMULAIL~ DOA BERTERUSAN! 



♥ PRAY FOR EGYPT! ♥



wallahu'alam.




Visi, Misi dan Organisasi


 VISI 

”Menjadi penghubung utama generasi muda ke arah hidup yang lebih baik “
”Connecting youth for a better life”

 MISI 
Kebajikan – Berkongsi kebahagiaan 
                        (Sharing happiness)
Kemanusiaan  Prihatin dan menghargai kehidupan 
                             (Care and Appreciating Lives)
Kemasyarakatan – Membudayakan kesukarelawanan 
                                   (Promoting volunteerism)

 ORGANISASI (Nisa' Putatan sesi 2013-2015) 

Pengarah : Azlinah Abdul Gani
Tim.Pengarah : Siti Zulaikha Abdul Rashid
Setiausaha : Azra Fazirah Sepuan

EXCO dalam Nisa'

 Unit Pembangunan Insan:
      >>Harmaeni, Ervydiansari Gusra

 Unit Nisa News Networking (3N):

 Unit Kebajikan & Kaunseling:
      >>Nurul Fatin Mat Zudin

 Unit Kesenian & Sukan:
       >>Dg.Nurul Fatin Ag.Zakariah

 Unit Pendidikan & Kerjaya:
       >>Syazwani Harun


 Perhubungan Awam :

      >>Hasmaeni







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...